Khamis, 21 April 2011

Wuhan oh Wuhan..

Feb... senyap sahaja... aku pun tak berharap sangat.
Mar... masih tak ready. Tapi jika tarikh ini, sure aku tak ikut. sebab isteri tersayang akan memberi hadiah istimewa untuk ku.. Baby Mujahid Sofi Ar Rayyan.

11 apr... paper work masih tak siap. Tangguh, dijangka 17hb. tapi aku tetap ambil anakku Mujahid Soleh dr Trg. dan hantar family ke Pekan Pahang. kasihan kat wife ku tersayang.. sure dia penat melayan ketiga-tiga anakku.. terutama anakku Mujahid Soleh. Dah lah dalam pantang.

17 apr... ready. Ticket KL-Guangzau-Wuhan pergi balik abe khaleb dah beri. Ticket PG-KL-PG pun dah beli. last-last pada pada petang jumaat 15hb tu, dpt tahu sorang big bos masih belum sign approval. jadi Tangguh. Cadang 20apr jika dpt approval 18hb. aku hantar email kat agent MAS untuk tangguh tiket PG-KL. tapi yang frust, agent tersebut tak buat disebabkan officenya tutup pada sabtu. jadi aku terpaksa bayar pelnalty RM100.

18 apr... asrul bg tau 100% sudah dpt approval. yahoo.... oleh itu akan fly ke wuhan 20 apr.

19 apr... fly ke kl. tidur d rumah adik syam.




Ketika di KLIA airport cantiknya beg.. jika beli untuk anakku Mujahid Soleh & Mujahidah Solehah, pasti dia amat gembira. nanti abi try cari di China.


Rerakan yang nak berangkat ke Wuhan.. 15 orang semuanya

20 apr... fly ke Wuhan & transit di Guangzau lebih kurang 4.5 jam. amat memenatkan perjalanan hari ini. aku selamat sampai di Wuhan dlm pukul 10mlm. Penat.. Lapar.. semua ada. Dijemput oleh Team FH.. makan d McD. alhamdulillah Hotel selesa.